Woon Keong Sport Fishing, Ulu Yam

Woon Keong adalah sebuah kedai yang telah menjalankan perniagaan untuk lebih kurang dua dekad di Pekan Ulu Yam. Ini merupakan salah suatu kedai yang terkenal di kawasan ini dan menawarkan barangan pancing yang perlu bagi kaki pancing yang berkunjung ke kawasan Ulu Yam untuk memancing.

20131001_122459 20131001_122600

Pemilik kedai in Pak Cik Keong merupakan seorang yang sangat mesra dan sedia membantu memberikan lokasi lokasi yang agak bagus untuk memancing. Malah dia pernah membawa group pemancing majalah untuk mencari tempat memancing di sekitar kawasan ini.

Kedai Woon Keong menawarkan barangan pancing yang asas dan sesuai digunakan di kawasan ini. Kekili bermutu bagus dan joran berkualiti juga boleh didapati di sini. Selain dari itu terdapat juga koleksi gewang yang boleh di gunakan.

20131001_122609

20131001_122618

20131001_122736

Kami juga tertarik dengan ikan peliharaan Pak Cik Keong. Belut sebegini memang agak sukar dicari. Agaknya apa yang diberi sebagai makan untuknya?

20131001_122749

Pak Cik Keong juga sedang membuat tawaran untuk dua kekili antiknya dari tahun 60’an. Kedua-dua kekili jenis DAM Quick ini dibuka pada harga RM 1000. Bagi sesiapa yang berminat harganya pasti boleh dirunding lagi.

20131001_122756 20131001_122801

Agak sukar untuk mencari kekili sebegini yang berasal 100% dari Jerman ini pada zaman sekarang. Peminat kekili antik sila ambil perhatian.

20131001_123416 20131001_123449

Selain barang pancingan. Umpan hidup juga dijual disini. Ikan Keli yang agak besar (8″) dijual pada harga 80 sen seekor. Pak Cik Keong juga sempat berkongsi dengan kita pancingan Tilapia 5 kilo beliau dan pasangan ikan yang beratnya 2 kilo satu. Beliau menggunakan cara “sembat” ikan menggunakan mata kail tiga untuk menangkap ikan-ikan ini.


View Larger Map

One thought on “Woon Keong Sport Fishing, Ulu Yam

  • November 30, 2015 at 15:05
    Permalink

    Dear sir / madam ,
    We are from Malaysia company wenz fishing sport.For our result ,we have a lot of inquiry from ULU YAM customer. for our customer feedback is the transport fee is very expansive with small quantity.
    So now we already have a discuss,we would like to find a tackle shop in YOUR PLACE to selling our company product.PLASE CALL BACK FOR A SMALL DISCUSS – 0143233363
    thanks you

    Best regards
    Alfonso teh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *