Ultralight fishing line terkini Sufix® NANOBRAID™

Fishing with ultralight gear is becoming popular in the freshwater settings of Malaysia. Ultralight anglers usually from an urban setting prefer to go ultralight mainly to increase the challenge of fighting fish that have reduced sizes in waters that are limited. Fishes like peacock bass and other cichlids are usually the target of Ultralight anglers.

Untuk memenuhi permintaan pemancing yang meminati teknik “ultralight”, syarikat Sufix® kini melancarkan tali Ultralight terbaru mereka iatu Sufix® NANOBRAID™.  Tali ini dilancarkan di pameran Icast yang berlangsung bulan lalu. Antara ciri-ciri terbaru tali Sufix® NANOBRAID™ ini adalah:

  1. Lontaran gewang atau upan lebih jauh.
  2. “Microbraid” yang lebih sensitif yang dapat membantu cangkukan mata.
  3. Tentangan angin kurang dan membolehkan lebih masa memancing.
  4. Boleh mengikat pelbagai simpulan.

 

Tali benang Sufix® NANOBRAID™ disulam dengan gentian 100% Dyneema. Diameter sepanjang tali ini sekata dan ini membolehkan ia menahan geseran lebih tinggi. Ciri ini juga membolehkan tali Sufix® NANOBRAID™ mengikat simpulan yang lebih kuat.

Tali Sufix® NANOBRAID™ disulam menggunakan teknologi “wide angle braiding”. Teknologi ini memberikan tali Sufix® NANOBRAID™ sulaman yang rapi dan jitu. Sulaman yang dihasilkan inilah menjadikan Sufix® NANOBRAID™ tali yang lancar dan sangat kuat.

Tali Sufix® NANOBRAID™ datang dalam Saiz: 2lb, 3lb,  4lb, 6lb, 8lb dan 10lb. Setiap gulung Sufix® NANOBRAID™ mempunyai tali sepanjang 150 yard (137.6M). Warna yang ditawarkan buat masa ini adalah Sufix aqua camo.

Berita bila tali ini akan sampai ke Malaysia belum diumumkan.

SUFIX-NANOBRAID

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *