Terbaru: Storm Arashi Silent Square Bill Crankbait

Salah suatu cara yang berkesan untuk menjerat ikan bass, peacock bass atau toman adalah dengan menggunakan gewang “crank”. Reka bentuk badanya yang unik membolehkanya membuat renangan di perkarangan samai yang agak tebal untuk mencari ikan pemangsa yang gemar menyorok dalam keadaan sebegini.

Storm Arashi Silent Square Bill (SASB) merupakan teknologi terkini dari jenama Storm. Dengan reka bentuk bibirnya yang unik ia besar kemungkinan akan menjadi kegemaran pemancing yang gemar menggunakan teknik”casting”. Salah suatu ciri yang menarik gewang ini adalah kebolehan “self-tuning” ia.

SASB1

Kebolehan “self-tuning” SASB membolehkan gewang ini dikayuh dengan perlahan ataupun laju dan ia sentiasa akan mempamerkan gaya renangan yang seragam dan lurus. Ini menjadikan gewang ini sesuai untuk digunakkan apabila ikan bertindak agresif atau tidak.

SASB2

Apabila membuat kayuhan perlahan gewang ikan ini “menunduk” seakan menjunam ke bawah dan bergetar dengan amat kuat sekali. Suatu aksi yang menarik untuk digunakan dalam keadaan air cetek.

SASB3

SASB mempunyai ciri-ciri yang seakan gewang balsa jenama lain. SASB mempunyai gaya timbul semulajadi yang merupakan suatu ciri khusus gewang balsa. Ini membolehkan gewang ini dipakai di kawasan yang harus dikayu dengan tidak sekata.

SASB4

SASB dijual dengan mata kail VMC yang amat berkualiti tinggi. Badan besar SASB membolehkan pemancing menukar mata kail tersebut sekiranya perlu. SASB ditawarkan dalam 12 jenis warna untuk kondisi air berlainan.

SASB7

 

Pengumuman tarikh keluar di Malaysia akan dibuat kelak oleh pihak VMC.

image source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *