Tekong memancing “Jigging” di Port Dickson.

Slow pitch jigging in Malaysia is peaking. Many brands are starting to introduce slow pitch jigging rods. These rods however are being sold at a premium as the demand for these items is rocketing. Slow pitch jigs require less effort to work when compared to fast jigs and can be fished with almost the whole day. Slow pitch jigging in the Malaysian seas are here to stay.

Kami di Fishmalaysia telah mendapat pelawaan baru-baru ini untuk keluar jigging bersama seorang tekong kenalan rakan kami di Port Dickson. Rakan kami di sana adalah tidak lain lagi dari kedua-dua adik beradik De Rozario. Penghuni daerah PD sejati, mereka mempunyai ramai saudara dan rakan di daerah Port Dickson ini. Tekong yang amat tersohor ini merupakan salah seorang rakan erat mereka dalam rangkaian memancing Port Dickson mereka.

Sebagai permulaan, atas permintaan adik-beradik De Rozario kami tidak dapat memberi pendedahan kepada siapa tekong ini. Ini kerana beliau masih sedang membuat keputusan sama ada untuk membuat trip rekerasi. Oleh itu sesi kami pada hari itu adalah sesi suka-suka diantara rakan yang rapat.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud para pembaca tiada peluang untuk mencuba pancingan jigging hebat di Port Dickson. Adik beradik De Rozario menjemput sesiapa yang berminat untk keluar jigging bersama tekong ini untuk menghubungi mereka dulu. Eiran boleh dihubungi di talian 012 311 2492. Sekiranya beliau tidak sempat menjawab sila tinggalkan Whatsapp ataupun SMS memperkenalkan diri anda.

001 002

Laut pada hari yang kami keluar kali ini amat bergelora. Ada diantara kami yang mengalami pening laut. Ini hanya untuk sebentar sahaja kerana semakin matahari meningkat air laut pun mula tenang kembali.

Kami keluar hari ini dengan memberi perhatian kepada teknik “slow pitch jigging”. Buat pertama kali dalam pengalaman memancing kami jig 200g dikeluarkan di perairan Port Dickson. Menurut Eiran secara lazimnya mereka menggunakan jig diantara 130g sehingga 180g. Akan tetapi masalah ikan alu-alu mereka mengambil keputusan untuk menyelam jig dengan lebih laju lagi. Maka jig lebih berat dipilih. Dalam perairan yang kami gunakkan diantara 30m sehingga 50m.

Perjalan menuju ke destinasi pertama kami mengambil hampir sejam dari jeti. Sesudah sampainya disana kami sempat menyaksikan ikan mengejar jig kami sehingga ke bot yang kami naiki.

Di lokasi kedua, rakan kami Mark yang juga dikenali sebagai “Raja Talang” berjaya menarik seekor Talang yang cukup hebat saiznya. Ikan tersebut memberikan pertarungan yang hebat juga kerana ia sangkut di bahagian badanya.

003 004

Port Dickson memang terkenal dengan bilangan ikan Talangnya. Sememangya ikan pemangsa yang kuat ini mempunyai tabiat yang agresif untuk mengejar jig di lautan. Badanya yang leper berserta ekor yang tajam menjanjikan pertarungan yang hebat. Setiap tarikan talang pastinya menjanjikan kepuasan.

Kami tiba di sebuah lokasi karang yang amat jauh. Lokasi ini tiada nama tapi menurut tekong ia merupakan lokasi yang hebat. Ini terbukti kerana sesudah jatuhnya jig, kami mendapat sambaran yang amat kuat. Ikan pada mulanya dapat dinaikkan dengan tenang, tetapi setelah melihat kami Haruan Tasik tersebut mula membuat pecutan mengelilingi bot kami. Haruan tasik yang agak sedang saiznya itu berjaya dinaikkan.

005 006

Dalam hanyutan kedua melintas karang tersebut, tekong pula berjaya menaikkan seekor lagi Haruan Tasik. Ini membuktikan ikan Haruan Tasik sering bergerak dalam pasangan ataupun kumpulan. Oleh itu sekiranya anda sudah terkena Haruan Tasik pertama sila cuba untuk ahli kumpulanya yang sering berdekatan.

Kami mendapat banyak sambaran sepanjang hari. Ini meberikan perasaan positif bila keluar jigging di perairan Port Dickson kembali. Tekong kami semestinya amat arif tentang perairan Port Dickson dan beliau mempunyai

007

008

Kami juga sempat memperolehi beberapa gambar hasil tangkapan lalu dengan bot ini. Tekong pengesyoran adik beradi De Rozario semestinya seorang yang amat arif dengan perairan Port Dickson.

011
Ebek gadang

010013

014
Sagai
009
GT 18 Kilo

Sebarang pertanyaan sila hubungi Eiran di  012 311 2492.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *