Tanah Perkuburan India, Hulu Selangor

Kami amat tertarik dengan daerah Hulu Selangor (Batang Kali, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu dan lain-lain) kerana terdapat pelbagai lombong di sekitar kawasanya. Ini menjadikan tempat ini kaya dengan kolam-kolam yang sedia dipancing atau memang elok untuk diusahakan. Tempat ini memang sesuai bagi peminat ikan air tawar secara amnya.

20131001_111348 20131001_111403

Sebagai permulaan kami terperasaan kolam kecil ini bertentangan dengan Sekolah Sains Ulu Yam. Ada sedikit ruang untuk meletak kereta di sini. Tidak banyak tetapi memadai untuk meletakkan kereta dengan selamat. Adalah dinasihatkan untuk meletakkan kereta di atas bahu jalan kerana ini merupakan suatu selekoh yang tajam dan merbahaya.

Kolam ini menarik perhatian kerana papan tanda perkuburan hindu terletak betul betul bersebelahan dengannya. Papan tanda sebegini biasanya mempunyai dua kesimpulan. Yang pertama kolam ini akan menarik ramai orang untuk memancing di sini atau yang kedua orang akan rasa seram dan tidak akan mencuba langsung.

20131001_111500 20131001_111532

Apa yang kita perasaan adalah airnya amat jernih seakan cermin. Kolam ini juga boleh dianggap agak dalam kerana ia mungkin bekas lombong yang terbiar. Sewaktu kami di sana, kami tidak dapat merakam apa-apa aktiviti ikan kerana tiada ikan yang keluar. Tapi apa yang kami boleh pastikan adalah memang terdapat aktiviti memancing di sini.

20131001_111542 20131001_111545 20131001_111625

Air di kolam ini memang cantik dan sesuai untuk menternak ikan kegemaran anda juga. Sekiranya sesiapa berminat untuk mengusahakan kolam memancing, kolam ini memang sesuai kerana ia terletak bersebelahan dengan jalan utama.


View Larger Map

One thought on “Tanah Perkuburan India, Hulu Selangor

  • October 22, 2013 at 02:59
    Permalink

    kat cni ade kaloi, peacock bass, dan udang galah… bleh cuba …..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *