Separuh Hari Bersama “Kumpow Anglers” Part-1

Emel : eztjht@gmail.com

Hye semua! Bulan ini, sehingga hari ini merupakan bulan favourite saya kerana begitu banyak input dan pancingan yang berjaya saya lakukan salah satunya adalah sesi pancingan bersama geng Kumpow Anglers. Bagi yang masih tidak mengetahui kuwujudan grup pancing ini, grup ini antara yang terkenal dan mempunyai antara ahli yang ramai di Facebook.Mereka juga mempunyai website mereka sendiri yang penuh dengan informasi informasi pancingan sekitar Malaysia. Rupa rupanya saya sudah berkawan lama dengan salah seorang dari team Kumpow yang dikenali sebagai “Marine Bass”. Tak sangka pertembungan dengan “budak setaman” ni di salah satu kedai pancing sekitar ampang membuka laluan kepada saya untuk mengenali lebih ramai lagi ahli ahli kumpow juga secara tak sengaja. Yang kelakar,selama ini saya dan Marine Bass masing masing tak mengetahui tentang aktiviti memancing masing masing! Saya tak pernah tahu yang dia kaki pancing, begitu juga halnya dengan dia! Hahahaha!

001

Dari kiri Shahrul Yamin , “JAWE”ku sodoku , dan admin Kumpow Anglers, Dicky.

Sesi pancingan yang sepatutnya hanya menjadi sesi pancingan pagi ni bertukar menjadi trip sehingga tengahari di 2 lokasi berbeza, juga sepatutnya sesi pancingan ringkas dan pengenalan ni setahu saya hanya disertai Jawa dan saya sahaja kerana saya mengajak beliau berkenalan di lokasi melalui facebook. Sesampai di lokasi, rupanya Jawa menunggu 2 lagi rakan dari Kumpow Anglers iaitu Dicky dan Sharul Yamin. Terus terlintas dalam fikiran saya untuk menjadikan sesi ini sebagai sesi yang patut saya tulis di Fishmalaysia!.

002

Hujan renyai dan angin kuat menyambut kedatangan kami

Saya dan Jawa tidak mahu menunggu sehinga Dicky dan Shahrul sampai kerana masing masing sudah tahu akan waktu pancingan yang agak terhad di kawasan ini dan selepas bersapa saya dan Jawa terus sahaja mencari ikan buruan utama, Haruan dan Peacock Bass. Selepas hampir setengah jam tanpa sambutan dari penghuni, kelibat Dicky dan Shahrul muncul merapati kami dan, zasssssss serentak dengan itu popper Ofmer 4D favourite saya bersambut bagai menyambut kedatangan Dicky dan Shahrul, PB pertama di daratkan dan seperti dijangka ianya hanyalah PB remaja, jadilah buat menyambut kedatangan Dicky dan Sharul hehehehe..

 003

Popper Ofmer 4D belum pernah mengecewakan.

Semasa saya sedang sibuk meng”unhook”kan lure dari PB pertama, Jawa pula mendapat sambutan dari penghuni juga menggunakan popper Ofmer 4D  dan juga di tempat yang sama saya menerima sambaran.

004

Jawa sedang asyik melayan larian PB.

Terima kasih Ofmer 4D Peacock Bass ini rupanya sejarah buat Jawa yang rupanya merupa PB pertama beliau menggunakan set Baitcasting (kumpow berbulan bulan), tahniah buat beliau!

005

Peacock Bass pertama Jawa menggunakan set baitcasting

006

Seperti biasa , ikan dilepaskan kembali.

Dicky dan Sharul pula masih belum mendapat strike walaupun ikan , kura-kura dan manusia boiling di sekeliling tasik. Sementara saya pula beberapa kali miss strike dan setia menggunakan  Ofmer 4D, terlintas untuk mencuba Soft Plastic yang baru dibeli  dan ternyata ianya berkesan walaupun ikan lain yang saya harapkan menyambut lengokan Sp ni…mainkan saja di atas samai dan dah tentu weedless maka ini makan dia…

007

6 kali strike , hanya 2 hookup , dikerjakan sepsis yang sama , SP FISHARROW memang berhasil.

 008

Dicky dan Shahrul terus dan terus menggasak kawasan yang terdapat boiling.

Sesi pagi selesai setelah hanya beberapa jam mencuba memandangkan waktu amat terhad ,hanya 2 ekor PB dan 2 ekor Haruan didaratkan dan itu cukup buat  sekadar pengenalan pertama. Sharul dan Dicky masih belum merasa “karan” penghuni tasik terlarang ini.Maka sesi sebelah tengahari pula dikomplot oleh Sharul dan Dicky.Setelah rehat separuh masa pertama dengan nescafe yang di sponsor oleh Dicky , kami terus memecut ke lokasi ke 2 .Berjayakah Dicky dan Sharul menghilangkan status “Kumpow” walaupun mereka dari grup Kumpow? Nantikan episode 2 yang lebih esfkergehsaemmguefehem!

 009

Cheers nescafe di separuh masa pertama.

bakal bersambung di episod 2……

One thought on “Separuh Hari Bersama “Kumpow Anglers” Part-1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *