Senarai Pemenang Peraduan “Soalan Untuk Jeremy Wade”!

Fishing in river monsters in Malaysia is going to become a popular past time. Fishing for game fish just like Jeremy Wade will become a popular past time. Catching and releasing the fish caught in Malaysia too will become a common practice. As the mindset of the anglers improve so do the fishing habits and efforts of Malaysian anglers.

Tokoh memancing sedunia En. Jeremy Wade yang juga pengacara rancangan memancing terhebat di televisyen iatu River Monsters akan tiba di Malaysia untuk bertemu dengan peminat setia rancangan beliau. Beliau ingin berkongsi pencapaian serta pengalaman beliau memancing ikan raksasa yang menggerunkan diseluruh pelusok dunia.

Beliau juga ingin memperkenalkan juga musim terbaru beliau yang akan keluar tidak lama lagi di Astro di Discovery Channel. Musim keenam ini memaparkan pelbagai jenis raksasa air tawar yang begitu menggerunkan dan bermisteri. 

Dalam lawatan En. Jeremy Wade ke Malaysia, kami di Fishmalaysia berpeluang untuk bersua dengan beliau dan membuat suatu temuramah yang singkat bersama idola kami. Akan tetapi tekanan membuat soalan telah menyebabkan editor Bard kekumpowan soalan. Sebagai suatu initiatif untuk melibatkan para pembaca fishmalaysia ke dalam temuramah ini dengan itu pihak Fishmalaysia telah melaksanakan peraduan "Soalan Untuk Jeremy Wade"!

xl

Struktur Peraduan ini teramat mudah. Apa yang hanya peserta perlu buat untuk pertandingan ini adalah tujukan soalan mereka kepada tokoh memancing sedunia En. Jeremy Wade dan sepuluh soalan terbaik akan menerima satu beg gewang plastik lembut buatan Jackall tajaan X-Lures.com. Ini merupakan suatu tanda terima kasih kepada anda daripada kami Fishmalaysia dan X-lures.

20140512_134842

Berikut adalah Soalan yang berjaya meraih satu hadiah.

001

1. Saravanan Pazhani

002

2. Iskandar Danial

003

3. Ekun Tan

004

4. Amirul Irfan

005

5. Jason Leong

006

6. Mohammad Ehsan

007

7. ND Amey

008

8. Jonathan Teh

009

9. Syahir

010

10. Arif Azly

Kepada kawan-kawan lain yang tidak terpilih, ini tidak bermaksud soalan mu tidak kurang hebatnya. Sekiranya kami diberi ruang masa yang lebih besar lagi, kami pasti akan bertanya soalan anda. 

Kepada rakan-rakan yang berjaya meraih beg gewang Jackall sila hantar butiran diri anda kepada editor Bard di peti mesej Fishmalaysia. Sila sertakan alamat dan nombor talipon. 

Ramai yang mungkin perasaan ada beberapa penyertaan yang meletakkan 2-3 soalan seperti membahagikan suatu soalan. Soalan ini akan dipecahkan dan satu soalan sahaja akan dikemukakan kepada Encik Jeremy Wade. Kami memilihnya kerana suka akan satu konsep dalam soalan berbahagian tersebut.

Sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua rakan pembaca kami. Jasa kamu akan kami kenangi dan kami akan cuba membawakan yang terbaik untuk anda mengikut kemampuan anda. Selagi kami mendapat sokongan anda, selagi kami akan mara kedepan untuk kemajuan sukan memancing di Malaysia!

Adventure. Experienc. Data

 

One thought on “Senarai Pemenang Peraduan “Soalan Untuk Jeremy Wade”!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *