Sambutan Hari Kumpow Semalaysia Tahun 2014

"Kumpow" is a fishing term in Malay slang for no fish for an angler. It describes an angler not catchin any fish for that day or session. Many anglers who have set out fishing in Malaysia are quite familiar with this phenomenon and even some of the best anglers that we know of have often returned empty handed. Fishing in Malaysia is a great experience. There are many saltwater fishing ponds in Malaysia that stock some excellent salwater game fish. These fishing ponds for a very affordable feel alllow you to use a wide range of methods to fish the ponds.  From fly fishing to lure fishing and the traditional live bait fishing. 

Tarikh May 1 yang baru lepas ini bersempena dengan Hari Buruh di Malaysia, kumpulan Kumpow Anglers Malaysia telah dengan berjayanya melangsungkan siri pertandingan tertutup mereka bagi tahun 2014. Ini menurut wakil kumpulan Kumpow En. Diki adalah suatu pertemuan dan pertandingan persahabatan di kalangan ahli kumpulan Kumpow.

20140501_084025

Siri pertandingan mini telah melihat peserta mula memancing pada pukul 9 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Pemenang pertandingan ini adalah pemancing kumpulan Kumpow yang akan berjaya memancing ikan terberat dalam seluruh pertandingan.

20140501_084913 20140501_084948

Pertandingan bermula dengan suatu taklimat kecil untuk pemancing tentang had masa dan peraturan sebelum mula memancing. Mr. Diki yang amat arif tentang kolam Pulau Indah ini yang membuat taklimat tersebut. Sebelum mula memancing beliau juga ada memberi tip di mana ikan yang baru dilepaskan berada.

20140501_090618 20140501_090628 20140501_090639

Sejurus selepas pertandingan bermula seorang peserta Mr. Fong Chee Keat telah menerima suatu strike yang power. Dalam masa singkat pertandingan tersebut satu ikan Siakap yang beratnya lebih kurang empat kilo telah berjaya dinaikkan. Ini telah membakar semangat pemancing kumpow yang lain.

003fb

20140501_093453 20140501_100218 20140501_101546

Pancingan di kolam ini pada hari ini teramat sengit. Ramai pemancing menunjukkan taring memancing mereka menggunakkan teknik casting mereka. Pelbagai jenis gewang dan plastik lembut telah dikeluarkan. Ada juga pemancing yang dilaporkan menggunakan bulu fly untuk memikat segala jenis ikan yang berada dalam kolam tersebut.

20140501_120301

20140501_130819
Saudara Aizat Keyjat dengan hasil tangkapan beliau.
20140501_130825

Pertandingan hari ini bukanlah pertandingan semata-mata juga. Ini merupakan suatu perjumpaan pengerat hunbungan antara rakan-rakan di geng Kumpow Anglers Malaysia. Tidak kira besar, kecil ataupun Kumpow kesemua peserta memang telah berjaya menghiburkan diri mereka.

001fb 002fb  004fb 005fb

Suatu Galeri khusus pertandingan ini akan dimuat naik hujung minggu ini. Untuk ingin tahu bagaimana untuk menyertai kumpulan Kumpow Anglers ini. Sila klik disini.

20140501_131752 20140501_133629 20140501_133913 20140501_134002 20140501_134042 20140501_134109

Pemenang pertandingan hari itu adalah pemacing berbakat Aizat Keyjat. Persembahan beliau menjadikan beliau Juara Joran Kumpow. 

Kumpulan Kumpow Anglers Malaysia ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolam Pulau Indah kerana pihak tersebut degan begitu besar hati telah menghadiahkan seekor ikan siakap bagi setiap lima pemancing yang pada kumpow hari itu.

20140501_134339

20140501_134442
Hadiah kumpow bagi adik Arif Azly!
20140501_135549

Kumpow anglers Malaysia akan melakukan lebih banyak lagi pertandingan sebegini. Pertandingan sebegini tidaklah seperti pertandingan mega yang lain dengan suasana yang agak tertekan. Akan tetapi pertandingan Kumpow anglers ini adalah sebaliknya. Memancing sebegini semestinya mengurangkan tekanan dan membina persahabatan!

Salam Kumpow SeMalaysia!

2 thoughts on “Sambutan Hari Kumpow Semalaysia Tahun 2014

    • May 7, 2014 at 00:46
      Permalink

      No mention Diki! your work for this event is what made it most successful!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *