Sage dan Rio akan membuat jualan terus awam

Pancing layang or fly fishing in Malaysia is a developing sport. Fly fishing is a good way to catch fish especially small streams and ponds here in Malaysia. There are many kinds of fish you can catch with fly fishing here in Malaysia. More and more anglers in Malaysia are picking up fly fishing.

Sage dan Rio adalah jenama popular dalam sukan pancing layang atau fly fishing. Jenama ini boleh dikatakan sebagai jenama premium dalam dunia memancing secara fly ini. Kualiti joran Sage dan tali layang Rio adalah dianggap antara terbaik di pasaran. Harga barangan ini boleh dikatakan premium.

rio-logo1

Baru-baru ini Far Bank Enterprises telah mengumumkan bahawa kedua-dua jenama ini akan mula membuat jualan secara terus kepada masyarakat awam. Pengumuman ini mendapat reaksi positif dan kritikan dari pelbagai pihak. Kritikan paling jelas dari pembekal yang telah lama membawa barang-barang ini.

Memandangkan kebanyakkan jenama Fly ada menjual di laman internet maka ini merupakan langkah seterusnya bagi mereka. Lagi satu faktor yang amat ketara adalah syarikat adik Sage iatu Redington sudah mula menjual menggunakan internet selama tiga tahun. Ramai yang berpendapat bahawa ini langkah yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana pihak.

Reaksi di sekitar forum internet yang diperhatikan adalah dari “apa yang perlu dihebohkan?” sehingga “Saya tidak akan membeli joran Sage lagi.” Apa yang ketara adalah ini merupakan desas desus yang sedang merebak di dalam komuniti pancing layang.

Sage dan Rio yang dimiliki Far Bank enterprises akan mula membuat jualan internet mulai tahun 2016. Joran-joran jenama Sage dianggap antara joran paling bagus keluaran dari AS.

 Menurut Tag Kleiner, Naib Presiden bahagian pemasaran Far Bank, jualan secara terus akan membuka pelbagai ruang  dan membawa manfaat kepada pengguna dan pembekal secara langsung. Terdapat khabar yang mengatakan kebanyakkan pembekal akan diberi ganti rugi. Khabar tersebut boleh diterima sebagai khabar angin sahaja.

Travis Cambell, CEO Farbank telah membuat kenyataan bahawa jenama Sage dan Rio mengambil keputusan sebegini kerana terdapat permintaan dari pelanggan setia mereka untuk membeli terus dari mereka. Langkah menjual secara terus kedua-dua jenama ini akan dibuat dengan memikir mendalam.

Keperluan untuk menerima sesawang internet sebagai medium jualan penting syarikat sejagat adalah suatu yang tidak boleh dielakkan. Semakin sesebuah sektor berkembang, keperluan ini semaking tidak dapat dielakkan.

 sage rod

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *