Rod kaca Fly. Pilihan set ringan pertama anda.

Fly fishing di Malaysia kelihatan semakin berkembang. Sedang kami mencari lubuk kami sering bertembung dengan seorang kaki fly. Malah kami dapati lebih banyak penggemar teknik mengewang sedang berhijrah menggunakan fly yang diikat batu sebagai gewangnya. Apa yang pasti adalah terdapat ramai orang yang sedang bejinak dengan teknik "fly". 

fly-fishing-2

Semakin kembangnya sukan ini, pasti lebih lagi akan membuat pilihan untuk bertukar ke set yang lebih ringan. Akan tetapi memilih joran fly adalah tersangat berbeza dari memilh joran biasa. Ia amat lain sekali dari membeli joran biasa dimana pilihan lebih kurang tertakluk kepada berat ringan batang joran tersebut.

Sebagai permulaan, seseorang itu perlu memilih bahan batang joran. Terdapat tiga pilihan bahan yang boleh didapati secara amnya. Tiga bahan itu adalah, buluh, kaca dan gentian karbon.

Secara realistik diantara tiga ini buluh adalah bukan suatu pilihan yang am. Ini kerana buluh joran fly diperbuat dari buluh jenis Tonkin yang boleh didapati di sempadan negara China dengan Vietnam. Buluh ini adalah buluh yang paling sesuai untuk membina joran fly. 

Buluh ini dipilih kerana setiap kerat buluh ini panjangnya agak satu meter dan buluh ini tumbuh dengan agak panjang dan lurus. Walaupun bahan binaanya boleh dikatakan "murah" proses pembuatanya adalah tersangat mahal. Sebagai permulaan seorang pakar harus menilah dan memilih buluh yang sangat sesuai. Kemudian dari itu buluh tersebut harus dihiris untuk mendapat bentuk batang joran dan akhirnya ia dicantum semula.

Sekiranya anda tidak perasaan tadi. Joran buluh fly sangat mahal. Sekiranya anda fikir ia dalam lingkungan ratusan ringgit cubalah tambah lagi satu atau dua sifar dibelakang anggaran anda. Ada model joran buluh yang sama harganya dengan kereta. Begitulah hakikat buluh sebagai bahan pilihan anda.

bamboo

Gentian karbon adalah bahan yang lebih sesuai untuk digunakkan untuk aksi yang lebih laju. Sekiranya anda memancing tasik yang besar dan perlu membuat layangan yang amat jauh ini pasti lebih sesuai untuk pancingan anda. Malah gentian fiber lebih sesuai untuk kegunaan laut. Ini kerana joran fly laut memerlukan daya yang sangat laju untuk mencapai jarak yang sangat jauh. 

Akan tetapi joran fly laut boleh dikategorikan dalam jenis joran berat. Oleh itu ia kurang sesuai diambil dalam perhitungan mencari set ringan fly anda yang pertama.

pr_orvis_f

Oleh itu kami pun sampai ke topik kita hari ini iatu set ringan rod gentian kaca untuk fly. Dalam teknik fly komponen yang memainkan peranan besar adalah joran dan tali layangan fly. Kekilinya berfungsi untuk mengurus talinya sekiranya ikan yang anda bergasak dengan amat kasar dan tapak tangan anda tidak dapat menahan geseran talinya. Oleh itu set ringan fly haruslah sangat lentur dan dapat memberi gasakan yang kuat walaupun sangat lentur.

Disini daya kenyal gentian kaca sangat berbeza. Rod dalam kategori ringan adalah rod yang beratnya WT3 dan kebawah. Secara amnya ini dikenali sebagai rod yang lembap dan perlukan daya yang boleh dianggap sebagai lebih berseni.

Ciri seni ini dalami gentian kaca jugalah yang akan menjadikan seseorang itu seorang pemancing fly yang lebih jitu. Ya, sifat lembap rod kaca ini akan secara semulajadinya akan memaksa seseorang itu yang memancing dengan rod fly untuk mengasah bakat layangan talinya. Hasil menggunakan joran sebegini adalah kawalan jorang yang sangat bagus.

Bagi pemancing yang gemar untuk memancing di anak sungai ataupun di saluran batu air terjun rod sebegini juga adalah lebih munasabah. Kebolehan mengawal tali dengan dengan lebih jitu dan kawasan kecil adalah lebih penting dalam situasi begini. Fungsi gentian karbon lebih sebagai pencapai jarak jauh dan boleh menjadi agak membazir sekiranya digunapakai dalam situasi sebegini.

Akhir sekali rod gentian kaca lebih murah berbanding joran yang sama dalam kelasnya yang diperbuat dari bahan lain. Sebagai contoh kita membuat bandingan joran diantara WT 3 Superfine Touch (Grafit) keluaran Orvis dengan WT 3 Superfine Glass (Kaca) yang juga keluaran Orvis. Harga bagi jenis grafit mencecah hampir USD 500 manakala harga bagi joran kaca hanya USD 395.

Suatu joran yang sedang menempah nama sekarang adalah joran Redington Butterstick. Ini semakin menjadi kegemaran diantara peminat fly teknik lembap. Ia datang dalam berat satu sehingga lima dan harganya amat berpatutan bagi joran dalam kelasnya. Untuk melihat dan merasa joran ini anda boleh melawat satu-satunya kedai fly di Malaysia iatu Tacklebox Adventures di Subang Jaya.

Selamat mencuba!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

2 thoughts on “Rod kaca Fly. Pilihan set ringan pertama anda.

  • February 19, 2014 at 11:14
    Permalink

    The whole "argument" of graphite vs fiberglass is applicable not only for fly but for spinning/casting rods as well. Graphite by itself is light but at the same time brittle. As strong as woven graphite might be, they are extremely fragile in the sense they can't take knocks. An example would be trying to break a pencil lead by pulling it horizontally. It's not easy breaking it that way but it will crumble at the point where you grip before it actually breaks. High graphite content rods like the Abu Garcia Villain are very strong and light yet very fragile at the same time. Strong in the sense that you have very good striking and fighting power but once over the maximum flex limit (which isn't very high), it will break like a twig. Step on it or knock a tree/roof and the tip will also break. Rods with lower graphite content are heavier but tends to be more tough for example the ever famous Ugly Stik by Shakespeare or if you have deeper pockets, Lamiglass. I've hit my Ugly Stik Lite while casting against trees, logs, rocks, roofs, cats, dogs, children, etc and it's still going strong. These rods lack the sensitivity of high graphite rods but damn can they take abuse. Many will also say that graphite rods are lighter. Yes that is true but a properly balanced fiberglass rod can be very comfortable to use though it weighs more. It has to do with placement of reel seat. An expensive rod does not necessarily translate to a strong rod. Megabass rods are known to be ridiculously expensive but if used out of it's intended purpose, I guarantee it will break. The actual deciding factor boils down to use and application. If youre luring/casting, weight and sensitivity is utmost priority, hence high graphite rods is your choice. For pond/bottom fishing, you can make do with a lower graphite content rods. Now back to fly, it is not necessary to have very high graphite content for a fly rod cause lets face it, your fly/lure is on the surface. There's no need for sensitiviy. What you need is good eye sight and a good pair of polarized sunnies. A light weight fly rod is better off being fiberglass as the flex of the rod will actually help propel your line and fly further as compared to a rod made from graphite. Just my humble cheap 2 cents opinion 🙂  

    Reply
    • February 19, 2014 at 14:04
      Permalink

      Quite fruitful insights Daniel. Been fishing lately? We do find that glass rods can take some abuse but lack the mobility carbon rods. When is your next fish out? We should plan a trip.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *