Ringkas Dari Selayang

The Toman fish or giant snakehead is a favourite angling favourite in Malaysia. In Kuala Lumpur, Jahat has a favourite fishing spot to fish Toman. Possibly the wildest lake closest to the city Jahat and The Kumpow Anglers of Malaysia embark on an epic weekend adventure on the pursuit of Toman. Fishmalaysia is proud to present to you: "Batu Lake: Versi Jahat and Kumpow Bros"

Oleh : Eizzat Jahat

Emel : eztjht@gmail.com

Hye semua! Pertama sekali, saya mohon kemaafan kepada rakan-rakan sekomplot akibat kelewatan report-report dan jurnal ini, macam biasalah saya juga bekerja seperti anda dan bukanlah pemancing professional ataupun sepenuh masa (walaupun saya harap sedemikian!) hehehe..

Wokeh, ini adalah report ringkas tentang komplot terlatest dan ternow dari saya dan beberapa rakan dari Kumpow terdiri dari Along (SY) , Kemon (SK) , Rocket (MB) dan beberapa yang lain lagi termasuk Sam rakan seperumahan saya khas didatangkan dari grup tersohor Iron Man.

Iron Man? Pada yang belum tahu , selak selaklah majalah pancing beberapa bulan lepas ada interview bersama ketua darjah mereka, ataupun search sahaja grup mereka di facebook.

Sebenarnya pada waktu komplot ni dijalankan, satu komplot lagi sedang berlaku di Sementa Klang, manakala komplot di Kuala Lumpur ni pula lebih kepada trip balas dendam akibat kumpow bernanah pada minggu lepas. Seperti biasa komplot bermula seawal jam 7 pagi oleh pemancing-pemancing yang amat dedikasi dan menepati masa ni, syabas! Saya tiba sedikit lewat kerana menjemput Sam yang sememangnya tidak tahu selok belok lokasi pancingan tersebut. Along yang terlebih dulu sampai di lokasi membuka tirai dengan Toman hensem ni, hadiah untuk beliau berikutan kumpow minggu lepas, tahniah Along! Specimen hensem ini dianggarkan sekitar 3Kg.

Sharul

Keberkesanan Buzzbait tidak disangkal lagi..

Di lokasi 5 orang geng komplot sudah busy melontar gewang dengan menggunakan sejenis gewang killer, Buzzbait pelbagai jenama di lontar bertalu talu di kubu kuat musuh. Saya masih belom melontar apa apa masih tenang meneguk nescafe sebelum terpandang kelibat bot fiber yang tersadai di tepian tebing… "hmm best kalau dapat boating ni” getus hati kecilku. Tetibe terdengar ajakan nakal Pok Dik “wuit jom selamber dayung fiber ni! Ade beran?!”, bot tu bukanlah kepunyaan kami, maka kami pun “meminjam” sekejap barang se-cast dua.

Sampan

Dayung je , enjin tadakk..penat woo Pok Dik mendayung ,sampai demam beliau ni hehehe

Sementara saya dan Pok Dik berdayung ke rumah bangle tuan Toman, team di tebing terus dibuli oleh toman, kes kes rabut (bukan ragut ye), miss hook adalah perkara biase, menyaksikan kekecewaan buat team di tebing namun mereka tak berputus asa… lagi lagi semangat yang di tunjukkan oleh Kemon, sangat membara! Walaupon kumpow, beliau terus berusaha! Hehehe. Sementara di atas bot, setelah tiba di Banglo milik toman ternyata kejadian frenzy di sekeliling bot membuatkan saya dan Pok Dik melakukan lontaran demi lontaran, dann.. zuppp

Strike

Jangan tak percaya , buzzbait lagi kena.

Buzzbait siam yang baru dibeli dan baru memasuki pasaran (KL) jenama dari “Farang Ba” memberikan jasa pertamanya di sini, seberat 28 gram ia boleh dilontar jauh ke kawasan sasaran. Sudah lama saya menunggu ketibaan Buzzbait ni dek kerana di racun oleh video-video dari syarikat siam tersebut. Jika anda di KL, boleh mendapatkannya di Young Tackle, Pudu atau di Digital Aquarium, Puchong.

Bbait

Buzzbait FarangBa , dawainya keras , sekeras hati Roy.

Setelah beberapa kali balingan , buzzbait saya disambar dan sememangnya spesis Toman yang dicari. Beliau tidaklah besar tapi cukuplah buat perasmian gewang FarangBa ni.

TOman

Alamak , belum ready cameraman sudah snap…hehe

Sebenarnya dan dipendekkan cerita yang memang tak panjang ni, sesi berakhir setelah jam memasuki hampir 11pm, kelihatan beberapa alhul komplot sudah bersidai di bawah pokok yang sememangnya nyaman ditiup angin sepoi sepoi bahasa, seakan akan faham, saya pun naik ke darat menyertai nikmat syahdu angin sepoi-sepoi tersebut…………. di Sementa, grup yang disertai Dicky dan ahlul Kumpow yang lain disaji dengan Nasi Lemak dan Nescafe tajaan Dicky… sementara di lokasi kami pula…

durian

Durian tajaan Sam Iron Man

Dengan sesi jamuan durian tersebut maka tamatlah sesi ringkas ini, saya percaya komplot-komplot yang lebih efisen sedang di atur oleh Along ( Shahrul Yamin ), saya pula mungkin OFF DAY dari pancingan KL kerana menghadiri jemputan di daerah lain. Semoga berjaya untuk komplot akan datang!

 

8 thoughts on “Ringkas Dari Selayang

  • September 10, 2013 at 00:08
    Permalink

    Nice fish,nice buzbait 😀 Nice report

    Reply
    • September 10, 2013 at 07:11
      Permalink

      Thanks Amirul! When you visit do let us know!

      Reply
      • September 12, 2013 at 18:42
        Permalink

        Cant wait to get back on the water 😀

        Reply
  • September 10, 2013 at 08:27
    Permalink

    Salam Tuan,

    sementa tu kat mana bos? area kapar ker?

    Reply
    • September 10, 2013 at 10:56
      Permalink

      Hi Amir,

      Dia di kwsn klang ngan kapar. Belakang wisma rakan muda sementa. Kena lalu kilang vitagen klang baru shj papan tanda menuju ke bangunan rakan muda akan start keluar.

      Reply
  • September 10, 2013 at 14:41
    Permalink

    Untuk warga Shah Alam boleh juga ke Juara Tackle untuk mendapat buzzbait
    FarangBa Creation, TQ.

    Reply
  • Pingback: fishmalaysia » Fish Malaysia: Malaysia Day Spots

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *