Rapala berpindah ke Batam

Syarikat gewang ternama Rapala telah menubuhkan lagi satu syarikat baru iatu Rapala VMC Singapore. Ini untuk mengurus kilang pembuatan terbaru mereka di Batam, Indonesia. Tindakan ini secara terus mengeluarkan bahagian pembuatan gewang syarikat tersebut dari China ke pulau kecil di Indonesia tersebut.

Ketua Pengarah syarikat baru ini adalah En. Aku Valta yang sebelum ini berkhidmat untuk Rapala Australia. Sebahagian daripada tugas beliau adalah untuk menjaga aspek pemasaran, penjualan dan perkembangan produk Rapala.

Valta

Proses ini telah mengambil masa sebanyak dua tahun dan kilang tersebut sekarang sudah bersedia untuk mengambil alih segala pembuatan gewang plastik, gewang "soft-plastic" dan gewang besi syarikat. 

Matlamat pemidahan ini adalah membolehkan syarikat Rapala mengambil lebih banyak lagi sumber manusia dengan lebih senang. Pemindahan juga ini penting untuk mengawal harga barangan mereka. Batam juga menjadi pilihan kerana senang dihubungi Singapura yang mengandungi alat teknologi yang terkini sekiranya perlu. Sekaligus menamatkan adanya orang tengah.

Rapala-DTSeries

Pemidahan oleh Rapala ini juga dikatakan sebagai suatu strategi untuk menjaga hakcipta mereka dengan lebih rapi.

Menurut En. Valta

"Operasi baru di Singapura akan membolehkan kami menumpukan perhatian sepenuhnya kepada aset utama kami. Ia juga membolehkan kami menjalankan segala proses pengeluaran secara dalaman."

Beliau juga bertambah

"Ini akan mengekalkan daya saingan kami untuk jangka masa yang amat panjang."

"Manfaat paling besar adalah untuk jenama kami. Kami sedang mengubah suai barangan laut kami secara terperinci sekarang. Dari segi saingan didalam sektor inilah kami mempunyai kelebihan dari syarikat lain yang besar. Kilang Singapura ini akan membolehkan kami mengeluarkan gewang utama kami dan pada masa yang sama membuat alat-alat yang istimewa."

"Buat masa sekaran kami hanya mempunyai 700 orang pekerja. Dalam jangka masa terdekat bilangan ini akan menjadi anggaran 1000 orang pekerja. Matlamat kami adalah untuk menjadikan kilang ini kilang pengeluar gewang yang terbaik dan terbesar di dunia."

williamson-jet-popper-120g-blue-sardine-gt-lure-655-p

Sebelum ini Rapala telah berada di China untuk lebih dari sepuluh tahun. Setelah pemindahan ini selesai hanya segelinitir pembuatan aksesori dan bahan sahaja yang tinggal.

Jenama yang terdapat dibawah syarikat Rapala adalah seperti Storm, Williamson, Blue Fox dan Lure-Jensen. En. Valta masih kekal sebagai Ketua Pengerusi Rapala Australia.

English source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *