Memancing di Kunci Air Jugra, Klang, Selangor. Pembuka atau penutup sesi Jugra

Sea fishing in Malaysia can be done from coast to coast. However fishing out at sea can cost much more than fishing land based. There are many saltwater pay ponds in Malaysia that can offer some sea fishing experience. One example would be the saltwater fishing pond of Jugra. This still costs money. Quite recently we discovered that Jugra has more to offer than just its salwater pay fishing ponds.

Kawasan Jugra memang terkenal sebagai tempat destinasi pemancing rekreasi. Ini kerana adanya kemudahan kolam memancing air masinya yang semakin menjadi buah mulut pemancing di kawasan lembah Kelang. Persoalan yang timbul adalah patutkah kami sebagai pemancing memandu agak jauh semata-mata untuk mengira jam dan pada waktunya mempertaruhkan duit kita dengan nasib? Apakah kolam-kolam di Jugra dijadikan pembuka atau penutup tirai sesi memancing kita di sana?

Kami baru-baru ini terserempak dengan suatu tempat yang pastinya dapat mengubah tabiat memancing anda di kawasan Jugra secara terus menerus. Kawasan yang kami maksudkan ini adalah Kunci air yang terletak di penghujung jalan yang menuju ke kawasan kolam memancing Jugra. Dari simpang Jalan Air Tawar sekiranya anda akan membelok ke kanan untuk menuju ke kolam, tali air ini terletak di penghujung jalan di belah kiri. 

20140703_141727 20140703_141732

Sebagai permulaan terdapat sebuah jeti yang kecil bersebelahan dengan tali air ini. Di tepi jeti tersebut terdapat beberapa kolam ternakan ikan. Kami tidak pastin dengan ikan apa yang diternak di kolam-kolam ini. Ruang meletak kereta di sini boleh tahan. Anggaran boleh memuatkan dalam 10 buah kenderaan di depan kawasan ini.

20140703_141752 20140703_141834

Sewaktu kami di sini, air di dalam keadaan yang surut. Aktiviti ikan di belah kunci air yang berada di dalam ladang kelapa sawit terhad. Terdapat didhan yang kami syak sebagai didihan air ikan tilapia. Di bahagian kunci air yang menghala ke sungai langat pula amat menarik perhatian kami.

20140703_142038 20140703_142046 20140703_142205

Menurut sebuah papan tanda yang terdapat di situ, sebuah laluan jalan kaki akan dibina di kawasan bakan yang diteroka sehingga ke mulut kunci air ini. Ini pastinya akan menjadi suatu tarikan bagi pemancing di masa akan datang. 

Tanah di bahagian sebelah tali air ini amat lembut. Ini menjadi lebih lembut semakin dekat dengan sungai. Amat bagus sekiranya menggunakan kasut yang sesuai. 

20140703_142618 20140703_142622

Air dibahagian ini amat deras. Sekiranya berlaku didihan ia amat sukar untuk diperhatikan. Ruang terbuka kawasan ini menjadikan ia tempat yang sesuai untuk casting dan joran pantai. Kawasan muara sebegini ikan yang boleh didapati adalah seperti siakap, kaci dan duri. 

Set layang ataupun "fly" juga boleh digunakan disini. Walaubagaimanapun jaraknya amat terhad dan air deras mungkin akan menjejaskan pengalaman melayang anda.

20140703_142858 20140703_142903

20140703_143119

Setelah mencuba selama dua jam memancing disini kami mengambil keputusan untuk menutup tirai sesi memancing kami di kawasan ini dengan "pencuci mulut" di kolam GT CNR yang agak berdekatan dengan sini. Kami memancing selama sejam disitu.

20140715_162018

Peta tali air Jugra adalah seperti berikut.


View Larger Map

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *