Kolam Pancing Air Tawar Dam, Kuala Kubu Bharu

Terdapat banyak lubuk untuk memancing di Kawasan Kuala Kubu Bharu. Ini adalah salah suatu daripada kolam yang terdapat di sana. Kami menjumpai kolam bayar ini dalam perjalanan ke Kampung Orang Asli Pertak. Tujuan utama kami pada hari itu adalah untuk mencari jalan masuk ke dalam empangan KKB.

20131001_170002 20131001_170010

Pada mulanya kami sangka kolam ini terbiar dan tidak diusahakan. Kami sangka begitu kerana tiada seorang insan pun kami jumpa di tepian kolam ini memancing. Malah bangunan restoran di sebelah kolam ini mempunyai papan tanda “disewa” yang amat besar.

20131001_165957

Setelah menjenguk sekitar rupanya kolam ini masih diusahakan lagi. Cuma bangunan restoran ini sahaja yang ditawarkan untuk disewa. Tempat berurus untuk kolam ini terletak dalam suatu bilik kecil di gerai menjual minuman yang berada di tepi jalan utama.

20131001_170241

20131001_170259

Ikan yang terdapat di dalam kolam ini adalah ikan Rohu, Patin, Tongsan, Karak , Pacu dan selainya. Menurut papan tanda tersebut juga kali terakhir ikan dibubuh ke dalam kolam adalah pada bulan jun yang lalu. Tapi dari pemerhatian suasana kawasan tersebut, kami dapati ia amat sunyi untuk sebuah kolam mancing bayar.

20131001_170020 20131001_170026

Kawasan kolam pancing ini dijaga dengan baik. Rumputnya pendek dan terdapat pondok untuk berteduh sekiranya hujan. Kolam ini agak besar. Saiznya dalam anggaran separuh sebuah padang bola sepak. Sementara kami di sana permukaan air agak senyap dan hampir tiada aktiviti ikan.

20131001_170119 20131001_170122

Kemungkinan besar tempat ini suatu tarikan bagi pemancing malam dari kawasan persekitaran. Apakah para pemancing kawasan ini akan habis kerja dan “menyerbu” kolam ini untuk mengerjakan hobi memancing mereka ini? Ada juga kebarangkalian tempat ini agak sibuk pada hujung minggu.

Apa yang pasti, sekiranya tempat ini diusahakan dengan baik, ia mungkin dapat menjadi suatu tarikan yang besar bagi kawasan ini. Saiznya sudah cukup elok dan kemudahanya sudah ada. Apa yang perlu adalah suatu initiatif untuk mengembangkanya.

*Editor’s Note

Peta KKB dalam google maps amat kabur sekali. Sekiranya anda mempunyai koordinat atau lokasi tempat ini sila kongsi dengan kami!


View Larger Map

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *