Kolam Memancing Alang Salleh, Rantau, Negeri Sembilan. Pacu and Patin fishing pond.

There are many freshwater fishing ponds in Malaysia. Freshwater fishing pond owners usually stock their ponds up with some of the strongest fighting fish available. The ones that are easily obtained are fishes such as Pacu and Patin (Iridescent Shark). There are many freshwater fishing ponds with varying degree of fish fighting intensity.

Baru-baru ini kami telah sempat mengunjungi sebuah kolam memancing air tawar yang sering menjadi buah mulut diantara pemancing layang Malaysia. Kolam tersebut dikenali sebagai Kolam Memancing Alang Salleh.

001 002

Kolam Alang Salleh terletak di pekan Rantau. Ia berhampiran dengan simpang tiga yang terletak di depan Klinik Kerajaan Rantau. Terdapat suatu papan tanda jingga yang tertera nama “Kolam Memancing Alang Salleh” di pintu masuk kawasan kolam tersebut.

Sila ambil perhatian, harga sejoran adalah RM20.

004 005

Terdapat dua buah Kolam di sini. Kolam pertama lebih sesuai untuk pemancing yang minat untuk menggunakan umpan. Kolam kedua terletak di belakang. Kolam ini lebih khusus untuk penggemar teknik pancing layang.

Walaupun kolam ini dikatakan lebih khusus untuk pemancing layang tebingya agak sempit. Sekiranya anda ingin membuat layangan jarak jauh, ruang untuk berbuat sedemikian agak terhad. Kami dapati ia lebih sesuai untuk menggunakan teknik “roll cast” disini.

006 008

Teknik “roll cast” hanya memberikan jarak yang sederhana sahaja. Untuk menarik ikan lebih dekat kepada “fly” kami. Kami terpaksa menaburkan roti juga akhirnya. Ikan disini agak pandai juga dan tahu mengelak corak fly. Kami dapat merasa beberapa sambaran walaupun demikian.

Setelah “merasuah” untuk lebih kurang sejam akhirnya seekor patin remaja yang sudi mengambil corak nymph kami. Kami menggunak joran #5 dengan rerambut setebal 15lb. “Nymph” yang kami guna diikat dengan mata Tiemco 2302 saiz 6.

009

Untuk memancing di kolam Alang Salleh adalah disarankan untuk menggunakan teknik mengumpan. Ini kerana ikan disini dilihat lebih gemar untuk memakan umpan.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari lama facebook mereka disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *