Keracunan Ciguatera

Sekiranya anda gemar makan, makanan lautan anda pasti pernah dengar tentang keracunan Ciguatera. Keracunan ini bukan sejenis alahan, tetapi ia merupakan sejenis keracunan akibat termakan toksin yang terkandung dalam mana-mana ikan lautan.

Ciguatera dikategorikan sebagai sejenis keracunan makanan. Keracunan Ciguatera adalah akibat memakan ikan lautan air tropika yang lazimnya mengandungi toksin Ciguatera dalam badanya. Toxin Ciguatera dalam asalnya adalah sejenis organisma kecil yang dipanggil dinoflaggellate. Pada mulanya dinoflaggellate akan mula dengan mencantumkan dirinya dengan mana-mana tumbuhan alga yang tumbuh di dalam karang perairan laut tropika. 

Lingakaranya bermula apabila ikan kecil mula dengan memakan alga ini yang kemudianya di makan oleh ikan lebih besar dan akhirnya dimakan oleh manusia. 

dinof

sumber gambar

Tidak ada spesis ikan yang terkecuali atau yang lazimnya mengandungi toksin Ciguatera. Oleh itu tiada cara untuk mengenali atau menguji ikan yang mengandungi racun Ciguatera. Walau bagaimanapun sifat ikan yang mengandungi racun Ciguatera adalah ikan yang makan dalam perairan tropika berpotensi sebagai pembawa toksin tersebut. 

Spesis ikan yang telah dikenalpasti pernah terlibat dalam kes keracunan Ciguatera adalah seperti:

fishlist

sumber gambar

1 A Ciguatera vectorfish

sumber gambar

Gambar diatas merupakan hanya segelintir dari ikan yang dikenalpasti sebagai vektor. Terdapat lebih 400 ikan yang telah dilaporkan mengakibatkan keracunan Ciguatera.

Sesiapapun boleh mengalami keracunan Ciguatera. Secara lazimnya orang yang mengalami sakit Ciguatera adalah ahli keluarga nelayan atau pengail. Ini kerana kelompok individu inilah yang secara amnya akan makan ikan-ikan yang paling besar dari hasil tangkapan seseorang nelayan. 

Sebagai contoh: Ikan yang dimakan adalah tenggiri, di mana ikan ini akan memakan ikan-ikan lebih kecil di dalam kawasan karang yang mengandungi Ciguatera. 

Toksin Ciguatera tidak sama sekali menjejaskan rupa sesekor ikan. Ia juga tidak mengugat kesihatannya atau menukar tindak tanduk ikan tersebut. Ikan yang mengandungi ciguatera akan kelihatan seperti ikan biasa.

Toksin Ciguatera juga tidak akan menyebabkan rasa atau rupa isi ikan berubah. Malah pembekuan atau cara masakan yang macam manapun tidak akan memusnahkan toksin ini. Tiada teknik memasak yang diketahui boleh mengeluarkan toksin ini dari isi ikan.

resear8

sumber gambar

Tanda-tanda keracunan Ciguatera akan bermula 24 jam selepas termakan ikan yang mengandungi toksin tersebut. Tahap keracunan bergantung kepada kuantiti ikan yang telah dimakan. Tahap daya tahan individu terhadap keracunan tersebut juga memainkan peranan dalam keracunan.

Tanda-tanda keracunan adalah:

1. Rasa jarum atau kebas di jari, kaki, bibir, lidah, mulut dan kerongkong.

2. Kulit terasa terbakar bila terkena air sejuk

3. Sakit sendi, otot atau lenguh otot

4. Pitam, muntah, cirit-birit atau kejang perut.

5. Sakit kepala, lenguh dan pengsan

6. Rasa gatal yang teruk, bertambah teruk sekiranya minum minuman keras

7. Dalam kes serius, sesak nafas

giantgrouper

Untuk mengelak diri dan keluarga anda dari keracunan Ciguatera, beberapa langkah sebagai berjaga-jaga boleh diambil. Antara langkah yang disyorkan adalah:

1. Prihatin bahawa isi ikan yang mengandungi Ciguatera seakan ikan biasa. Tiada bau atau rasa yang boleh mengenalpasti toksin tersebut.

2. Prihatin bahawa tiada cara memasak atau membeku yang boleh membuang toksin Ciguatera.

3. Elak dari memakan kepala, telur, perut atau hati ikan. Toksin Ciguatera lebih banyak didalam bahagian sebegini.

4. Pelbagaikan ikan yang dimakan dari air tropika.

5. Elakkan diri dari memakan ikan yang sangat besar. Terhadkan saiz ikan kepada enam kilo (6kg) dan kebawah. Ini kerana keracunan ciguatera banyak dalam ikan yang sangat besar.

6. Makan isi ikan dalam jumlah yang kecil. Sekiranya terdapat tanda Ciguatera segera berjumpa dengan doktor.

7. Dalam proses simpanan elakkan dari mencampur isi ikan.

8. Jangan menangkap dan makan ikan dari kawasan yang dikhuatiri mempunyai keracunan Ciguatera.

Dari pengalaman kami, adalah lebih baik mengelak dari berubat. Untuk mengurangkan risiko keracunan sebegini adalah lebih bagus jika kita sentiasa prihatin terhadap situasi sebegini. 

Ciguatera dalam kes yang ekstrim boleh membawa maut

sumber maklumat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *