Kekili Spinning Mitchell 300 Terbaru

Baru-baru ini jenama Mitchell yang dimiliki Purefishing telah mengeluarkan versi baru untuk kekili jenis 300 mereka. Mitchell 300 merupakan model kekili yang membuat nama untuk Mitchell di arena memancing serata dunia termasuk Malaysia. Reka bentuk terbaru dihias dengan garis warna hijau yang menarik untuk memberi suatu rasa moden untuk model yang klasik sebegini.

Mitchell-reel

Terdapat tiga saiz untuk model ini. Saiznya adalah 300 Pro, 308 Pro dan 310 Pro. Ketiga-tiga saiz ini datang dengan ciri 10 “ball-bearing” untuk memastikan kayuhan dan pusingan yang amat lancar. Reel Mitchell 300 walaupun ringan terasa amat kukuh binaanya. Mitchell berjaya mengurangkan berat dalam kekili ini sambil mengekalkan kualiti binaan yang kukuh.

Mitchell-300-pro-underside-view

Mitchell juga amat yakin dengan kekuatan kekili ini. Tangan “bail” kekili Mitchell 300 menggunakan rekaan yang dikenali sebagai “halo”. Ini menjadikan bahagian ini amat kuat walaupun dikenakan tekanan yang amat tinggi.

Mitchell-300-top-view-spinning-reel

Kekili Mitchell 300 juga datang dengan daya tarikan setinggin 14 paun (6.4KG) yang boleh dilaras mengikut keadaan.

Rangka Mitchell 300 diperbuat oleh campuran plastik yang menjadikanya lebih ringan dari aluminium. Campuran plastik ini juga dikatakan lebih kukuh dan kuat berbanding dengan aluminium. Selain dari itu “spool” kekili ini di perbuat dari aluminium dan batang pemegang pengayuh diselaputi dengan span EVA untuk rasa yang lebih selesa.

mitchell-300-pro-casting-spinning

Tali keluar dari “spool” dengan amat kemas sekali. Sama juga apabila ia dikayuh balik. Ini ketara dengan semua jenis tali samaada mono, benang atau fc.

Kekili ini mempunyai fungsi gear 5:8:1 dan dapat mengayuh balik tali dengan amat kemas sekali hanya bernilai dalam lingkungan RM230.00. Ini adalah nilai untuk duit.  Peminat cara “Ultra-Light” perlu ambil perhatian.

Sekian

sumber

Laman Rasmi

2 thoughts on “Kekili Spinning Mitchell 300 Terbaru

  • October 9, 2013 at 16:10
    Permalink

    reel ini berapa berat, sesuai tak untuk Light Jigging laut?
    panjang tali vs siz tali yg boleh dimuatkan ke dlm spool?
    Handle asal boleh bukak tak untuk masuk power handle?
    mcmana nak order?
    “Reel yang cantek” TQ

    Reply
    • October 9, 2013 at 21:48
      Permalink

      hi bro, so far yg kita tahu reel ni baik utk air tawar. Kalau untuk laut rasanya kecil sangat. Pure Fishing akan mula membawa reel ni masuk tahun depan aja.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *