Jigging & Casting di PD bersama Team Kumpow

Sporfishing in Malaysia is a growing sport. This is a growing past time in particularly the saltwater arena. Many anglers are seeing the importance of preserving the fish and fishing more sustainably. This is quite simply because as you deplete the resources around the shore what will happen is that you will have to venture out further.

Sememangnya ada banyak ikan di dalam laut. Tetapi untuk memastikan situasi tersebut tetap sebegitu setiap individu perlu mengambil langkah untuk memelihara ikan tersebut. Pemancing zaman dahulukala tiada teknologi yang kami miliki sekarang untuk memancing dengan lebih efektif. Tetapi setelah ujudnya teknologi yang sedia ada ini maka lebih banyak ikan boleh ditangkap. 

Menyedari kepentingan untuk memelihara bilangan ikan dan memupuk sikap ambil apa yang perlu sahaja, seorang pemilik bot di Port Dickson telah mengambil langkah untuk menawarkan servis "sport fishing" sahaja. 

2014-08-18 08.21.00

Bot "Western Tide" yang diuruskan oleh T.Z Thim (TZ) terletak di Marina Port Dickson dan merupakan bot yang amat sesuai untuk memancing. Cara memancing yang digalakkan untuk memancing dengan bot ini adalah teknik casting dan jigging. 

Selain dari menggalakkan sifat memelihara memancing sebegini boleh dianggap sebagai suatu cabaran kepada seorang yang menggelarkan diri sebagai caster dan sangat membanggakan diri dengan kebolehan mereka maka inilah ujian sebenar anda.

Pertaruhkanlah kebolehan anda di kebolehan anda sebagai caster di PD. Bukan sahaja caster, tapi sekiranya anda beranggapan anda seorang jigger yang hebat atau beranggapan sebegini disinilah anda membuktikan daya diri anda sebenarnya. Semestinya ikan ada akan tetapi hasilnya tertakluk kepada kebolehan masing-masing.

2014-08-18 06.21.58 2014-08-18 06.32.35

Bot yang dibawa adalah bot berkuasa tinggi yang sama gred dengan bot-bot layaran di Rompin. Botnya amat laju dan luas untuk menampun sehingga 8 orang. 

Kali ini geng Kumpow anglers telah turun untuk menduga perairan PD. PD semestinya terkenal dengan populasi ikan Talang dengan Barracudanya pasti akan menawarkan pancingan menarik.

2014-08-18 06.33.40

Bersenjatakan jig yang dipilih dengan teliti, kami turun ke kawasan pertama untuk mencari pemangsa jig lautan. Dalam keadaan cuaca kurang baik, bot Western Tide masih dapat membawa kita dengan stabil. 

Ikan yang banyak boleh didapati di perairan PD adalah ikan Alu-Alu atau dikenali sebagai ikan Barracuda. Suatu tip pilihan jig di perairan ini adalah batang jig yang berwarna hijay kekuningan. Ini kerana warna ini dikatakan menarik perhatian pemangsa disini.

2014-08-18 07.59.19 2014-08-18 07.59.36

Tali yang digalakkan adalah tali yang ada daya rentangan dari 20 paun dan ke atas. Micro jig dan set ringan boleh digunakkan sekiranya anda ingin merasa asakan yang lebih kuat dari ikan. Perairan yang dituju oleh tekong TZ adalah kawasan yang dalamnya diantara 30 kaki sehingga 100 kaki.

2014-08-18 08.16.49 2014-08-18 08.16.57

Memancing di perairan PD adalah suatu pengalaman yang mudah bagi penghuni bandar lembah kelang. Jaraknya yang boleh tahan berserta lebuhraya yang baru dibuka membolehkan seseorang itu dapat turun ke laut dengan mudah sekali.

2014-08-18 09.34.44

Kedudukan lokasi yang dibawa ole tekong TZ amat menarik dan amat indah sekali. Ini kerana ia merupakan kawasan gunung bawah air. Ikan pastinya boleh didapati di kawasan begini, cuma perlu bertungkus lumus untuk mendapatkan hasil sekiranya menggunakan kaedah jigging.

Tekong TZ boleh dihubungi di talian:

016 212 2577

Laman FB : TZ THIM

Sila hubungi beliau untuk menganjurkan sebarang ekspidisi casting atau jigging di lautan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *