Heddon Chug’n Spook: Keperluan Pencari Bass

Heddon merupakan pengeluar gewang memancing ikan tertua di dunia. Dengan legasi melebihi seratus tahun Heddon telah mengeluarkan pelbagai reka bentuk gewang yang menarik untuk digunakan memburu ikan Bass. Di Malaysia gewang bass barat digunakan untuk memancing ikan yang sama atau lebih dasyhat lagi iatu Toman dan Peacock Bass. 

Heddon Chug'n Spook merupakan salah suatu gewang tradisi bagi syarikat Heddon. Di US ia dikatakan suatu kemestian dalam kotak gewang seorang pemancing ikan bass. Untuk meneruskan kejayaan gewang ini syarikat Heddon telah membuat beberapa ubah suaian yang amat menarik.

01

Terdapat lima jenis Chug'n Spook yang dipasarkan. Kelima-lima gewang itu adalah:

1. Chug'n Spook

2. Chug'n Spook Junior

3. Chug'n Spook One Knocker

4. Super Spook

5. Super Spook Junior

02

Versi baru Heddon Chug'n Spook mempamerkan gaya yang amat unik sekali. Sangat berbeza dengan Chug'n Spook yang tradisional. Versi baru ini dikatakan boleh dibaling dengan lebih jauh, lebih bising dan "berjalan" dengan lebih lancar sekiranya mempamerkan aksi "walk the dog".

Berat 1 aunsnya ini membolehkan balingan yang amat luar biasa. Ia sesuai digunakan dengan rod casting "medium heavy" yang panjangnya 7 kaki ke atas untuk mendapatkan jarak yang terbaik.

03

Gewang Chug'n Spook juga dibina untuk mula "berjalan" dengan lebih laju. Secara amnya untuk gaya "walk the dog" beberapa sentakan diperlukan untuk memulakan aksi. Akan tetapi Chug'n Spook boleh digerakkan sebegitu pada sentakan dari mula. Irama aksi dalam Chug'n Spook ini juga amat sekata dan tidak susah untuk di kekalkan sewaktu membuat kayuhan. 

04

Chug'n Spook mengekakalkan tradisi untuk membubuh dua biji bearing pengetar didalam gewang ini. Ini digandingkan dengan saiz badan besar baru ini yang mengocak air dengan lebih banyak lagi. 

Bibirnya yang berbentuk bekam membolehkan Chug'n Spook baru ini memancar air dengan lebih efektif lagi. Walaupun dalam keadaan berangin ia pasti akan dapat menarik perhatian ikan.

05

Sebagai bonus, Heddon Chug'n Spook tidak memerlukan sebaran "split ring" ia boleh diikat pada tali leader secara terus. Dengan aksinya yang menarik dan gaya renangan yang stabil gewang ini harus menjadi suatu kemestian dalam kotak gewang seorang kaki caster. 

Semoga-moga gewang ini boleh menjadi pengubat kumpau gewang anda.

Sumber imej

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *