Giant Dog Giveaway!

Hi Semua! Peraduan bulanan kami telah kembali!

Kali ini kami ada tiga gewang untuk dihulurkan kepada tiga orang pemancing Malaysia. Ya tiga sahaja. Gewang jenama ni mahal akan tetapi perasaan untuk menawarkan gewang ini kepada masyarakat Malaysia adalah lebih kuat. 

Kepuasan masyarakat memancing Malaysia adalah kepentingan kita. Walaupun tidak banyak tetapi ia bukan barangan mainan atau barangan yang boleh menimbulkan rasa musykil dengan kegunaanya. Ini adalah gewang yang sebenar-benarnya cemerlang.

Gewang Dog adalah gewang pengelungsur permukaan air. Ia jenis gewang terapung dan di karau dengan gaya yang dipanggil "walk the dog". Teknik ini amat bagus untuk ikan Bass ataupun ikan Toman yang terkenal dengan tabiatnya menerkam gewang yang berada di permukaan air.

20140416_093120

Ketiga-tiga gewang yang ditawarkan kali ini adalah:

1. Gewang Giant Dog-X warna Black Orochi

20140416_093142

2. Gewang Giant Dog-X warna Ugui

20140416_093152

3. Gewang Dog-X Speed Slide warna Biwako Night

20140416_093114

Syarat untuk mengambil bahagian didalam peraduan Giant Dog ini adalah:

1. Pemancing perlu berada di Malaysia. Alamat mengepos mesti Malaysia. Tak kira di Perlis atau Sabah, alamat mesti Malaysia.

2. Sebagai langkah pertama "like" laman facebook kami fb/fishmalaysia

3. Seterusnya di "timeline" kami poskan gambar anda dengan hasil tangkapan anda menggunakan set memancing. Gambar anda mesti bertajuk "Adventure. Experience. Data." 

Spesifikasi set anda tidak perlu. Cuma jangan pakai jaring, tuba atau karen. Gambar yang berciri sedemikian akan dibatalkan dan ditarik dari paparan.

4. Setelah mengepos gambar anda did laman FB kami jemputlah rakan-rakan sepemancingan anda untuk memberi sokongan kepada anda dalam bentuk "like".

5. Dua gambar yang mendapat like terbanyak akan mendapat seorang satu gewang dog ini.

6. Baki satu Dog akan diberi secara sukacita kepada gambar yang kami pilih kerana keunikanya. *Tip: Kalau set megabakau kami lagi suka. Lagi murah setnya lagi bagus peluang saguhati sukacita kami.

Tarikh mula peraduan "like" giveaway ini bermula dari sekarang (16/04/2014) dan pemenangnya akan dipilih melalui kiraan pada tengah malam Rabu depan (23/04/2014). 

Tiga pemenang pertandingan ini akan diumumkan di laman www.fishmalaysia.com

Cara menyertai pertandingan ini amat mudah. Anda cuma perlu mengumpul "like" dengan "share" gambar anda di "group" memancing yang sedia anda. Rakan-rakan anda pasti akan menolong.

Selamat Berjaya!

****UPDATE*****

Seorang satu gambar sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *