Bad Dog Sudah Kembali!

Tidak lama lagi tahun 2014 akan tiba. Kedai-kedai dan pembekal alat pancing sedang membawa barangan baru untuk para pemancing bagi musim cuti akhir tahun ini. Mari kita jenguk dan lihat apa yang ditawarkan oleh kedai-kedai kegemaran kami.

 Sebagai permulaan kami menjenguk kedai pembekal barangan jenama Ofmer iatu Seatackle dan kami dapati bahawa stok gewang baru telah sampai. Penggemar gewang Bad Dog sila ambil perhatian. Gewang hebat ini sekarang datang dengan warna yang lebih canggih!

20131126_171947
Bad dog kembali..
20131126_171952

Seatackle juga telah membawa gewang topwater lain juga yang kelihatan agak mantap. Gewang tersebut adalah gewang Doggy sama gewang Airflow Pop.

20131126_171932

20131126_171853

Jelas sekali koleksi Ofmer semakin mantap. Edisi baru yang dibawa Seatackle begitu banyak sehinggakan rambang mata memandang. Anda dijemput untuk melihat koleksi terbaru ini dan pilihlah yang mana anda fikir akan berkhidmat dengan baik sekali.

20131126_171913 20131126_171920

Kami juga sempat berkunjung ke kedai SS2. Di sini "Aunty" memperkenalkan perisa jenama baru. Belum ada maklumbalas lagi tentang keefektifanya. 

20131121_131616

Akhir sekali, bagi peminat teknik fly (layar) anda dijemput untuk melihat koleksi terbaru di kedai Tacklebox Adventures. Saudara Nick membawa masuk beberapa batang rod baru yang amat power berserta edisi kekili fly yang begitu menarik sekali.

Gambar dipetik dari fb Tacklebox Adventures.

001 002 003

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *