Cara Mengikat Twin Hook Slow Pitch Jigging. Mata Decoy 3/0 Pike Type “R”

Slow Pitch Jigging In Malaysiais becoming the way to jig in the Malaysian seas. Slow Pitch Jigging requires very strong hooks and some technical know how in combining the hooks with the jigging kevlar. Slow pitch jigging usually requires a solid rig as the fish would be needed to be pulled out from the bottom of the sea.

Teknik “Slow Pitch Jigging” adalah salah satu teknik yang plaing efektif untuk memancing ikan di lautan sekitar Malaysia. Gandingan alat memancing yang mantap, jig dengan renangan menarik beserta ikatan mata kail jig yang kukuh akan pasti membuahkan hasil yang menarik.

Kami di fishmalaysia berkongsi kemahiran mengikat mata kail jig yang corak “twin” yang semestinya sangat penting untuk peminat teknik “Slow Pitch Jigging”. Diharap ia dapat membantu.

001
Ramuan: Gam Zap, Kevlar, Mata Decoy 3/0, Cincin besi. Benang ikatan Radas: Gunting Tajam, Bobbin, Pembaris dan Pengepit Mata kail Jig
002
Kali ini Mata Decoy Pike Type R (3/0) digunakan. Ia menghasilkan imbangan yang menarik! Ini memudahkan proses mengikat mata kail!
003
Mula dengan selapis benang di batang mata kail. Ini akan memastikan kevlar tidak terlucut dengan mudah.
004
Potong tali Kevlar sepanjang 13 cm (terpulang kepada citarasa anda)
005
Ikatkan Kevlar tersebut kepada bahagian yang dilapik benang tadi.
006
Buatkan Satu “Hitch” (Simpulan halangan)
007
Tarik sehingga ketat.
008
Matikan benang ikatan tadi dengan membuat simpulan halangan juga.
009
Penting untuk menyelit baki tali kevlar tadi menembusi cincin mata tadi.
010
Tabahkan Gam Zap. Ini akan mengeraskan benangan dan mengukuhkan ikatan tadi.
011
Mulakan proses kepada mata kedua dengan satu lapisan seperti tadi.
012
Kali ini pula selit tali kevlar tadi dari bawah cincin mata seperti diatas.
013
Juga buatkan “Hitch” (Simpulan Halangan seperti rajah diatas.
014
Ketatkan simpulan dan pastikan kedua mata kail bertentangan antara satu sama lain.
015
Ikat bahagian “tag-end” kevlar kepada batang mata kail.
016
Matikan ikatan benang.
017
Tambah gam Zap untuk menyiapkan proses ikatan.
018
Ikatan yang dihasilkan perlu dalam keadaan begini
019
Selikan benang ke dalam cincin begini
020
Kemudian tarik selitan tersebut, pintal dan selit cincin besi sekali lagi.

Diharap video diatas dapat membantu anda dengan lebih lagi

021
Kami menggunakan jig biasa untuk peringkat mengetat simpulan cincin besi tadi.
023
Tarik sehingga ketat. Jaga supaya tidak silap membuka mata kail tersbut. Tarik sehingga padu dan tidak keterlaluan.
024
Inilah produk yang hampir siap.
025
Kami mengikat mata kail diatas supaya mata lebih kekal diposisinya. In sebenarnya kehendak dan tidak perlu sangat.
026
Simpulan cincin ditambah gam Zap.
027
Sediakan pula sarung penutup batang mata tadi. Ini subaya benang ikatan tadi tidak terdedah sangat kepada geseran gigi ikan.
029
Tambah haba untuk memastikan sarung menyelaputi lilitan dengan rapi.
030
Akhirnya siap juga!

Mengikat mata kail merupakan satu kebolehan yang perlu diasah. Oleh itu jangan segan untuk mengikat berulang kali. Untuk melatih lebih baik barangan murah digunakan.

Usaha itu tangga kejayaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *