Batu Lake: Sudah ditutup

Fishing in the heart of Malaysia can be very exciting. Thanks to quite useless authorities this excitement is dwindling. Anglers in the capital of Malaysia have lost a fishing haven and are forced to find fishing spots further away from the city thanks to small mindedness.

Tasik takungan banjir di Batu Caves yang sudah bertahun lamanya menjadi lubuk yang hebat bagi pemancing di Kuala Lumpur telah ditutup. Pihak yang menutupnya teramat tidak arif tentang pengurusan dan cadanganya mungkin diberi oleh orang kurang pandai yang tidak tahu menahu tentang sukan memancing. 

Liputan asal kami tahun lepas.

Liputan 1

Liputan 2

20140327_092116 20140327_092123

Tasik ini yang amat besar merupakan lubuk ternama bagi ikan toman. Toman dari tasik ini dikatakan teramat liar dan gemar mengejar dan menerkam buzzbait. Ia juga dipercayai segala jenis umpan tradisi untuk toman berkesan di sini. Yang paling mencabar adalah untuk menangkap mamanya.

Mama toman disini dikatakan boleh mencapi dua angka. Angka yang amat besar tidak mustahil disini.

Sebelum ini dikatakan selaras dengan penutupan tempat ini kepada kenderaan peribadi aktiviti memancing boleh dijalankan sekiranya anda berjalan masuk. Akan tetapi sewaktu kami cuba untuk jalan memasuki tempat ini pegawai keselamatan di pintu utama tersebut melarang kami sama sekali.

Beliau amat bersimpati dengan kami tetap arahan yang amat keras telah dikeluarkan pihak pengurusan dan dia tiada pilihan lain selain dari tidak membenarkan kami memancing. Terima kasih kepada pegawai tersebut kerana amatt baik dengan kami.

Lubuk yang amat berpotensi telah ditutup erat oleh birokrasi sekali lagi. Kami merasa memancing di KL akan menjadi perkara yang silam.

SK roman
21 Paun (10KG)
WNC toman
21 Paun (10KG)

Memancing itu penting untuk masyarakat. Sukan ini harus dipelihara oleh kerajaan. Jangan dibiarkan ia hilang di mata masyrakat. 

Untuk makluman anda rekod dunia Toman adalah hanya 11Kg sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *