Fishmalaysia: Top Lima, Kolam Air Tawar Percuma

Tahun 2013 merupakan tahun yang amat menarik. Kami telah membuat banyak perkara dalam tahun ini, berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan yang paling hebat adalah memancing pelbagai jenis ikan. 

Tahun 2014 akan melihat kami mengembara dengan lebih agresif lagi. Di mana kami akan melawat kepulauan Borneo dan cuba untuk merapatkan siratul rahim dengan rakan-rakan kami disana. Kami juga akan cuba membina persahabatan dengan lebih erat lagi dengan teman-teman sepancingan kami di serata Asia Tenggara.

Dalam proses menutup tirai tahun 2013 kami akan menyenaraikan senarai lima tempat terbaik untuk memancing dan berkaitan dengan sukan memancing bagi tahun 2013. Kami akan memulakan dengan menyenaraikan lima tempat terbaik untuk memancing bagi segmen lubuk air tawar.

Lubuk-lubuk tersebut adalah:

5.  Taman Tasik Titiwangsa 

Tasik kegemaran warga KL merupakan kawasan larangan memancing nombor satu di KL dan Malaysia. Ia amat senang untuk dipancing akan tetapi penguatkuasaanya teramatlah ketat. Sekiranya terdapat sedikit peluang untuk memancing. Pemancing harus ambil kesempatan. 

Kita dapati pihak DBKL teramat efisyen dalam menjaga tempat ini. Ini kerana terdapat pegawai penguatkuasa disini setiap hari tidak kira cuti, hutan atau panas. Tahniah DBKL!

Ikan target utama adalah:

Peacock Bass, Toman dan ikan akuarium lain yang dibuang oleh penggemar ikan akuarium

4. Empangan Machap

Suatu tarikan di belah Selatan. Tempat ini agak terkenal di Durian Tunggal. Sewaktu kami disana kami ada perhatikan spesis ikan toman yang agak banyak. Airnya teramat bersih dan jernih. Kalau ia tidak begitu dalam ia mungkin sesuai untuk bermandi dan berkelah.

Memancing dari tebing agak sesuai untuk tempat ini. Adalah dinasihati untuk menggunakan alat memancing yang agak berat kerana ikan disini boleh dikategorikan dalam saiz mega.

Ikan target utama adala:

Toman, Patin, Tilapia dan Kalui

3. Lombong KTMB Batu Gajah

Lombong ini boleh dipancing dengan senang hati. Terdapat tempat meletak kereta yang selesa dan ikan PB naik dengan amat mudah sekali. Peluang untuk membangau adalah amat tipis dan sekiranya anda berbekalkan umpan hidup sambaran mesti bertalu-talu.

Tempat hebat bagi peminat teknik gewang, layar dan dasar. Masalah yang paling ketara adalah menunggu ikan bersaiz besar sahaja. Tempatnya kaya dengan ikan PB.

Ikan sasaran disini:

Peacock Bass!

2. Universiti Malaya

Ikan mama masih ada lagi disini. Kaya dengan ikan toman walaupun usaha menjaring dari pihak uni. Pemancing harus berhati-hati sekiranya menggunakan teknik casting kerana terdapat banyak tali pelampung di dalam air. Gunakan "top water" seperti "popper" dengan "buzz bait".

Ikan toman yang besar amat bijak. Malah sekiranya ia terdapa didalam uni kebijaksanaanya bertambah ganda. Berita baik adalah umpan tradisional seperti keli dan lampam amatlah efektif. Dari dibiarkan hanyut dengan bebas adalah wajar ia diapungkan.

1. Kolam Takungan Banjir Batu (Batu Caves)

Lubuk toman yang power. Untuk sampai ke spesis ikan toman mega anda perlu tempuhi curut yang banyak sekali. Selain dair ikan toman, ikan yang boleh didapati disini dengan banyak sekali adalah talapia. 

Peminat ikan mega juga perlu ambil perhatian sekiranya kesini. Ikan patin jenis mekong pernah dilihat naik disini. Dan ikan sebarau pun pernah dilihat disini. Peminat teknik casting dan bottom perlu cuba sekiranya ke kl!

Terima kasih kerana membaca. Sekiranya anda ada hujahan yang ingin dikongsi sila lemparkan di bahagian komen. Kami akan membalas secepat mungkin!

Sekian

5 thoughts on “Fishmalaysia: Top Lima, Kolam Air Tawar Percuma

  • December 16, 2013 at 12:21
    Permalink

    hi guys,

    Wondering if u guys could give little write ups on live rigging the local baitfish around malaysia.. How do you rig species like Ikan seluang (small and die easily) plus recommend some other live bait species for peacock bass as well as their rigging methods.

    Any help would be greatly appreciated. thanks

    mc.

    Reply
  • December 16, 2013 at 12:26
    Permalink

    Salam semua,

    Article ini membuat saya ingin mencuba memancing PB.

    Amat dihargai jika kalian dapat menulis artikel yang menunjukkan teknik untuk 'live baiting' ikan seluang yang biasanya bersaiz kecil dan mudah mati.

    Jika boleh, tolong memberi beberapa contoh jenis spesis live bait lain serta teknik 'rigging' mereka juga banyak dihargai.

    Terima kasih kepada sesiapa yang boleh memberikan saya maklumat ini 🙂

    Terima kasih,

    M.c.

    Reply
    • December 22, 2013 at 00:41
      Permalink

      Bro McGan,

      Kalau nak live bait seluang ada 2 cara. I hook kat hidung datau kat belakang dia aja. 

      Pakai hook kecil yang sepadan dengan saiz seluang.

      Jangan guna batu, Bagi seluang renang dengan bebas. Untuk kurangkan risiko sangkut gunakanlah pelampung.

      Kawtim.

      Now u can fish PB.

      Reply
      • January 6, 2014 at 00:21
        Permalink

        terima kasih banyak banyak admin!

        Saya akan cuba tidak lama lagi 😛

        Reply
        • January 6, 2014 at 08:41
          Permalink

          good luck McGan!

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *